Saturday, April 25, 2009

Suka hati akulah..kau sibuk apa….

“Suka hati akulah, kau sibuk apa”… Mungkin ada di antara kita yang pernah di sembur dengan ayat ni apabila menegur seseorang sama ada orang itu kita tidak kenal atau kita kenal.. Dan disebabkan ayat ini juga yang menyebabkan aku takut untuk menegur kesalahan orang… Patutkah aku biarkan saja mereka melakukan kemungkaran????
Berbalik kepada zaman Rasullullah S.A.W, baginda bukan sahaja diuji dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadannya malah turut menerima lemparan batu disebabkan ingin menyampaikan risalah sehingga berdarah batang tubuh baginda…
Walhal aku baru sahaja menerima kata-kata sebegitu sahaja sudah hilang semangat…. Apa patut aku buat???? Aku semak balik terjemahan ayat Al-Quran Surah Ali Imran ayat 104:
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh melakukan segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya”.
Ditambah pula dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan dengan dakwah yang bermaksud:
“Sesiapa dari kamu melihat kemungkaran maka hendaklah kamu ubah kemungkaran itu dengan tangan(kekuasaan), jika kamu tidak berkemampuan maka hendaklah diubah dengan lidah (lisan) dan kalu tidak berkemampuan maka hendaklah kamu ubah dengan hati kamu, itu adalah selemah-lemah iman.”
Fuh, terpaku aku membaca dua dalil berdakwah ni… Suatu hari aku Tanya seorang ustaz pasal berdakwah nie… “Ustaz macam mana kita nak tegur orang sedangkan ilmu kita pun xcukup lagi ni”.. Ustaz pun menjawab “Sampai bila kita nak tunggu ilmu kita tu cukup dan awak tau ke bila ilmu awak tu dah cukup sedangkan orang yang bijak pandai pun belajar lagi…” Aduh pedih ayat tu… Maknanya aku tersilap selama nie…
Kini aku bertekad ingin merubah bukan sahaja diri aku malah untu diri kawan2ku… Aku xnak aku je yang dapat ilmu.. tp kwan2 lain xdapat… Apa guna ilmu yang aku dapat tp kwn2 lain terus hanyut… Jadi biarlah ilmu yang aku dapt sama2 dimanfaatkan dengan orang lain… Biarlah orang nak maki ke, ape ke yang penting tugas aku sampaikan perkara yang baik….mungkin selepas ni ada yang akan sindir macam nie “ ok, ustaz dah sampai…smua tumpukan perhatian”… biarlah…….

No comments: