Wednesday, May 6, 2009

Kancil Dan Kanggaro

Assalamualaikum....
Mungkin sudah agak lama saya tidak mengupdate blog nie... lbh kurang dalam dua minggu, sehinggakan ada kawan2 yang tanye bila nak update blog... Saya hanya mampu tersenyum.. Biasa la kan minggu exam... Jadi di kesempatan ini saya mencuri masa sedikit untuk update blog nie.. Sbnrnya ada satu paper lagi....huhu.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkenaan dengan kesempatan saya ketika berkunjung ke Australia... Sudah pasti masyarakat di sana majarotinya adalah bukan Islam... Saya telah melawat bandaraya Melbourne dimana ia merupakan bandaraya yang boleh dikatakan sibuk jugak. Disebabkan kawasan tersebut merupakan kawasan bandar maka ramai orang datang berpusu-pusu ke kawasan ini... Nak diceritakan di sini adalah berkenaan dengan kehidupan seminggu saya di sana.... Mmg agak kesulitan sedikit untuk kita melakukan ibadah terutamanya solat ketika di sana. Pertamanya hendak mencari tempat solat. Kalau di Malaysia kita agk mudah sedikit mencari tempat solat, masuk je pasaraya, cari papan tanda kubah dan trus boleh jumpa tempat solat. Paling senang pun tnye je pak guard. Di Australia plak berbeza, pusing la seluruh bandar Melbourne tu pun mmg ssh atau xmungkin jmpe dengan lambang kubah tu.... Jawapanya kami terpaksa mencari ruang sendiri untuk solat... Kami terpaksa bersolat di dalam restoran yang masa tu tengah rmai orang... Rmai jugak mata-mata mat saleh yg memandang kami... Lagi satu yang amat menyulitkan kami di sana adalah semasa hendak membuang air... Hanya Allah sahaja lah yang tahu betapa sukarnya masa tu.. Ye la toilet kat sane smuanya mane ade paip air mcm kt Malaysia nie.. Yg ade cuma pam air dengan air kat singki je... Jd terpaksalah kami membawa 'teman rapat' iaitu botol kosong berisi air ke hulu kehilir..takot2 dah xtertahan nanti..Inilah realiti yang kt kena terima. Apa pengajaran yang saya dapt melalui pengalaman yang bergitu menarik ini adalh walaupun di mana kita berada syariat Allah wajib juga kita tunaikan dan kita patut bersyukur atas apa yang kita perolehi sekarang Pesanan saya untuk sesiapa yang nk melawat ke luar negara terutamanya negara orang kafir readykan diri anda dengan kompas supaya mudah untuk solat di mana-mana. dan jangan lupa botol kosong..:)