
Pernah  seketika dulu saya rasa saya tak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak  suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat  emo..
Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat  bising
masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik  perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar  lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata  saya 'mat capub'(cari
publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang  terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang  lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..Saya tengok  kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang  call awek sampai satu malam boleh habis 10
ringgit..
Saya mula  berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang  pelajar tingkatan 4
itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling  penting
dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak  kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah  BERCINTA..Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang  kata..'
Saya  selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang  saya pun habis RM10satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa
ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurau Sikit-sikit gelak-gelak kalau  merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..Untuk diri  ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya  pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya  macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..    
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya  sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari  dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah  manusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?  
Sejak dari  saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan  Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk  awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..    
Saya ajak  awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak  saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak  ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple..Saya kata,kita bukan buat benda  yang salah..bercinta kerana Allah..   
Kita  couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap  wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..Tapi kita couple  baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwang, janji  taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je...Dan awk terima  perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu  
Tapi saya  faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita  semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang
perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari  bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang  kebenaran.   
Kalau kita  tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat
kelak. sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:    
“Dan  (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati  kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang  amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung  jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".  
Lepas tu  saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa  sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya  mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang  kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..  saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"  
Saya tak  percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak..huhu~~  tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan  untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..  dan teruskan saja hubungan kita.. kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan  tak pegang tangan.. tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya  khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya  dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Masa ni  dah nak dekat Final Exam.. dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..  buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..  ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah  pula.. macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata  saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah.. saya ada tempat mengadu.. huhu~~
Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya  terjumpa ayat ini..
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan)  kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu  membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?”
(Al-Baqarah, ayat 44)   
Saya pun  terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih  banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang  masih dilakukan..
Macam mana ya?"   
Lepas tu  terjumpa pula ayat ini..
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak  dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu  mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 42)
 
Tiba-tiba  saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya  alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah  selama ini saya hanya menganggap ia boleh?  
Habis tu,  kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan  perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu  seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah  akan lebih mantap..   
Dalam  perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat  lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10  semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat.. takkan  nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..    
Tiba-tiba  saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya  rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya  tragak-agak.. "Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana?  Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat  salah, apa nak ditakutkan?" Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..    
Masa tu  dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya  terlibat dengan dakwah ni,
saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la.  Tapi bukanla setakat kawan
biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi  rapatla.."
"Bercinta ke?"   
Saya malu  nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt.  Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak  bang?" "Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan,  begitu juga perempuan akan tertarik
kepada lelaki. Tapi dalam Islam,  perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga.  
Allah  firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam
ayat yg ke 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu  perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
Tapi  bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah  cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah
jiwang-jiwang,  selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."    
Saya tak  mahu mengalah. "Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak
pernah  menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba  tengok ayat ni." Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada
saya  ayat ini:   
“Dan  (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka)  dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka
memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari  jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan  tajam.”
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)  
"Akhi,  kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah  buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan  tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi  ingat, syaitan
itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus  ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta  ingat Allah.
Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"    
Betul juga  katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa  lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia
pun  setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga  bang?" "Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia
lagi. Nta dah dapat  elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta
janji taknak call die  pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang  tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya  tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus  Solihin, bawah bab larangan melihat wanita.
Rasulullah  bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap,  tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke
arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati  dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap  tak
dapat lari daripada zina hati." Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak  dikata. Semua
yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia  sambung..   
"Ana dulu  pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat  nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus
tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu  kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata.  
Dulu saya  selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak  puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa
akan jadi  pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita  pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau  kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun,  mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam
berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa  sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak  bermakna
lagi."   
Saya  trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia  akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan  untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh.  Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu  betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung
balasan atas  perbuatannya sndiri." Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis,
saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu  haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?" "Ana dulu, hantar satu sms je kat dia.  Ana terangkan
pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita  berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi.  
Lepas itu  ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya,  saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan  lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah  ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti  dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta  hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya  terfikir.. "Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang
gak?  Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la  bang. Boleh tak
saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya
tiggalkan benda ni?" Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta  kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak  akan
mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya  sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak  tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun  ramai yang pernah couple, bila
masuk dakwah, mereka tiggalkan."  
Alamak...tak boleh lari lagilah  nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga. "Semuanya  dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak  larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak  sanggup mari ana tolong tekankan." "Eh, tak apalah bang. Biar saya taip  sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn
juga  diri.. "Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti  hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya  dijauhkan
dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu  perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini  hubungan kita
salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara
pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia
tetap berdosa.  Saya harap awak akan istiqamah
meneruskan perubahan yang awak dah buat,  kerana Allah.
Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau
ada  jodoh insya-Allah, akan bertemu juga.   
Assalamualaikum.."Berat betul nak hantar  sms tu kat awk. Saya masih tak
mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam  sms tu
saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas
beberapa  ketika..saya tekan juga button [send].  
Lepas tu  tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa  macam separuh hidup saya dah hilang.
Macam tak percaya..saya dah hantar 1  sms, dan clash
dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah  tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak
sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah
terfikir untuk clash,  tapi itulah yang terbaik untuk
kita sbenarnya..  
Tiba-tiba  saya teringat ayat Allah..surah
Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas  kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi  kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu  menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu  tidak
mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus  sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan  senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.    
Saya bagi  ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil..  Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak
kisahlah  semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak
bagi gambar  bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."  
Saya rasa  awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya".  Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang  lebih indah daripada mendapat keredahaan
ilahi..seindah manapun gubahan  pertama tu, selagi tak
mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada
jodoh,  insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak
awak tunggu. Lupakan saya.  Biar Allah yang
menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia  penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..  
Tapi  carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan. Saya  pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik  untuk saya. Saya takkan berpatah balik.. Takkan..buat selama-lamanya
*dipetik dari kisah seorang sahabat*
sekian,moga mendapat manfaat~
wassalam^^
2 comments:
hoho.. penah baca dah kisah niee.. :D
:)
nice...
byk manfaat ley dpt...
Post a Comment